Jumaat, 16 Disember 2011

Wasiat Pertama : Keutamaan Kalimah Lailahailallah

Keutamaan Kalimah
              Dari Abu Hurairah R.A beliau berkata : Saya bertanya : Wahai Rasulullah, siapakah manusia yang paling bahagia mendapatkan Syafaatmu pada hari kiamat nanti? Rasulullah S.A.W menjawab : " wahai Abu Hurairah , sesungguhnya tidak ada seorang pun mendahului engkau untuk menanyakan perkara ini, kerana aku melihat minatmu terhadap hadith. Manusia yang paling berbahagia mendapatkan syafaatku pada hari kiamat nanti adalah orang yang mengucapkankalimah Lailahailallah dengan ikhlas dari hati dan jiwanya".

                                                                                         - Hadith riwayat Al-Bukhari


         

Objektif

Allah memerintahkan kepada kita untuk mentaati rasulNya diatas apa sahaja yang di wahyukan daripadaNya, juga mengikuti petunjuk-petunjuk rasulNya. Sunnah Rasul sama ada berupa perkataan mahupun perbuatan adalah merupakan cahaya yang dapat menunjukkan kita memahami perkara agama dan mengetahui penjelasan hukum-hukum Islam.

Ketaatan kepada Sunnah sebagai sumber rujukkan ditegaskan oleh Allah menerusi firmanNya..


Artinya : Dan sebarang apa yang dibawa oleh Rasul untukmu, ambilah olehmu dan sebarang apa yang ditegah Rasul, tinggalkanlah.
Surah Al-Hashr ayat 59

Kewajipan seseorang muslim adalah berpegang teguh dengan Sunnah Rasulullah, mengamalkan dan juga menyebarkan dengan bersungguh-sunggh dikalangan kaum muslimin, oleh itu mempelajari dan mengkaji wasiat Rasul ini merupakan salah satu cara mentaati Rasul.............

Wasiat-wasiat yang Rasul tinggalkan ini adalah berkaitan dengan apa yang berlaku dikalangan sahabat dan juga ianya berlaku keatas setiap umat Islam, dalam wasiat Rasul ini menganjurkan supaya kita lebih ikhlas untuk beribadah hanya kerana Allah, berupaya menjauhi amalan syirik kepadaNya, menerangkan keutamaan berzikir dan sujud kepada Allah, keutamaan berpuasa, solat, dan keutamaan mencari ilmu, ianya juga menerangkan keutamaan bersedekah, taat kepada ibubapa, berakhlak mulia, silaturrahim, berbuat baik kepada jiran, memberi makan kepada orang lain, mencintai orang miskin, dan banyak lagi amalan-amalan lain.

Disini saya suka mengingatkan termasuk diri saya sendiri untuk lebih menghayati Sunnah Rasulullah, Semoga kita dapat memperbaiki diri...marilah kita tekadkan azam, sama meneruskan perjuangan dalam menegakkan syiar Islam dan hidup dalam mengamalkan Al-Quran dan Al-Sunnah, kerana tiada sebarang kabatilan dalan Al-Quran, sama ada dari hadapan mahupun dari belakang yang diwahyukan oleh Allah yang Maha Bijaksana lagi Terpuji.

Salam Ukhuwah kepada semua.....

Tujuan blog ini dihasilkan adalah semata untuk berkongsi ilmu dan saling ingat mengingati antara satu sama lain betapa pentingnya sunah Rasulullah yang semakin kita kurang untuk menghayatinya..............Sekiranya anda yang sudi mengunjungai blog ini mempunyai apa sahaja yang boleh dikongsi untuk kebaikkan semua, adalah sangat dialukan. Bagi saya siapa sahaja yang mempunyai ilmu dan sudi untuk berkongsi dan mengajar dan menyampaikan sesuatu yang dia tahu, ataupun setidaknya memberi pendapat, itu adalah satu tanda positif yang masih ada pada diri kita, dalam catatan yang saya akan tuliskan ini banyak berkaitan mengenai wasiat-wasiat nabi kita yang mungkin ramai yang kurang mengambil iktibar darinya.....dalam dunia yang semakin moden dan canggih ini, kita sering mengatakan kita ini tiada cukup masa dalam seharian, maklumlah masing-masing sibuk dengan kerjaya....akan tetapi Allah tetap memberikan masa untuk kita 24 jam sehari tanpa kurang sedikitpun, jadi apa salahnya kita memberikan sedikit masa yang kita ada ini untuk menilai dan muhasabah diri kita khususnya tentang pesanan Rasul yang telah dititipkan kepada kita.....Semoga kita menjadi umat yang hebat dan terbilang seterusnya mendapat Syafaat di akhirat kelak...Amin.