Allah memerintahkan kepada kita untuk mentaati rasulNya diatas apa sahaja yang di wahyukan daripadaNya, juga mengikuti petunjuk-petunjuk rasulNya. Sunnah Rasul sama ada berupa perkataan mahupun perbuatan adalah merupakan cahaya yang dapat menunjukkan kita memahami perkara agama dan mengetahui penjelasan hukum-hukum Islam.
Ketaatan kepada Sunnah sebagai sumber rujukkan ditegaskan oleh Allah menerusi firmanNya..
Artinya : Dan sebarang apa yang dibawa oleh Rasul untukmu, ambilah olehmu dan sebarang apa yang ditegah Rasul, tinggalkanlah.
Surah Al-Hashr ayat 59
Kewajipan seseorang muslim adalah berpegang teguh dengan Sunnah Rasulullah, mengamalkan dan juga menyebarkan dengan bersungguh-sunggh dikalangan kaum muslimin, oleh itu mempelajari dan mengkaji wasiat Rasul ini merupakan salah satu cara mentaati Rasul.............
Wasiat-wasiat yang Rasul tinggalkan ini adalah berkaitan dengan apa yang berlaku dikalangan sahabat dan juga ianya berlaku keatas setiap umat Islam, dalam wasiat Rasul ini menganjurkan supaya kita lebih ikhlas untuk beribadah hanya kerana Allah, berupaya menjauhi amalan syirik kepadaNya, menerangkan keutamaan berzikir dan sujud kepada Allah, keutamaan berpuasa, solat, dan keutamaan mencari ilmu, ianya juga menerangkan keutamaan bersedekah, taat kepada ibubapa, berakhlak mulia, silaturrahim, berbuat baik kepada jiran, memberi makan kepada orang lain, mencintai orang miskin, dan banyak lagi amalan-amalan lain.
Disini saya suka mengingatkan termasuk diri saya sendiri untuk lebih menghayati Sunnah Rasulullah, Semoga kita dapat memperbaiki diri...marilah kita tekadkan azam, sama meneruskan perjuangan dalam menegakkan syiar Islam dan hidup dalam mengamalkan Al-Quran dan Al-Sunnah, kerana tiada sebarang kabatilan dalan Al-Quran, sama ada dari hadapan mahupun dari belakang yang diwahyukan oleh Allah yang Maha Bijaksana lagi Terpuji.